Mengenai Kami
Menghubungkan Visi, Membina Masa Hadapan
Siapa Kami?
Rangkaian Ialah Sebuah Organisasi Yang Komited Membina Jaringan Kukuh Dan Membuka Peluang Di MYSverse. Disokong Oleh Tenaga Profesional Dan Pelabur Berpengalaman, Kami Menghubungkan Potensi Demi Membentuk Ekosistem Industri Yang Lebih Maju, Mampan, Dan Berdaya Saing Di MYSverse.
Kami Membangun Melalui Tiga Teras Inisiatif Utama
Melesatarikan Warisan Kesenian & Budaya
Mencorak Komuniti Progresif & Harmoni
Menerajui Inovasi & Penyelidikan Teknologi Mutakhir
Pasukan Kami
Kami Terdiri Daripada Individu Yang Komited Dan Berpengalaman Dalam Bidang Masing-Masing. Setiap Ahli Membawa Peranan Tersendiri Dalam Memastikan Setiap Inisiatif & Idea Berjalan Lancar, Seiring Dengan Misi Kami Dalam Membangunkan Komuniti, Ilmu Pengetahuan Dan Budaya Serta Kesenian.
@So1ehee
Ketua Eksekutif Rangkaian
@Arifafeef
Penasihat Eksekutif Rangkaian
@Haztakumi
Pengurus Portfolio Rafahia
@Akmalnur
Pengurus Portfolio Media31
@RayneHarith
Pengurus Portfolio Studio Bunga Raya
@Eyepans
Kakitangan
Subsidari Kami
Asas kukuh organisasi kami adalah sinergi antara beberapa unit subsidiari yang masing-masing unik namun saling melengkapi. Gabungan keahlian dan kreativiti ini secara kolektif meningkatkan kehadiran, nilai perniagaan, dan reputasi kami.
Studio Bunga Raya
Sebuah studio pembangunan permainan yang terletak di bawah payung Rangkaian, misi kami adalah untuk menghasilkan pengalaman yang berinovasi serta kaya warisan budaya Malaysia yang pelbagai ke dalam permainan kami untuk tujuan pendidikan dan pembelajaran.
Inovasi & Permainan Kami
Rafahia App
Aplikasi Rafahia dibangunkan khusus untuk memudahkan anda mendapatkan koleksi pakaian tradisional berkualiti tinggi Rafahia. Kini, anda boleh membeli busana pilihan anda dengan mudah dari mana-mana permainan dalam platform MYSverse.
Kedai Rafahia
Kedai Rafahia kami direka khas untuk memudahkan anda mendapatkan pakaian tradisional kami dengan selesa. Reka bentuknya menggabungkan sentuhan klasik dan moden, dengan elemen unik dari dalam dan luar, demi pengalaman membeli-belah yang istimewa. Anda boleh kunjungi Kedai Rafahia kami di Bandaraya (Kuala Lumpur) dan Jerantut, Pahang. Kami juga bakal tiba di KLIA (Akan Datang), Kuching, Sarawak (Akan Datang), dan Semporna, Sabah.
Lepak
Permainan kami dibangunkan untuk mewujudkan sebuah ruang di mana anda dapat membina jalinan persahabatan baharu, berkongsi idea, dan menikmati interaksi sosial yang bermakna. Luangkan masa bersantai bersama rakan-rakan, sambil meneroka latar belakang yang diinspirasikan daripada sejarah dan suasana unik Sungai Lembing, Pahang.
Hibiscus Acoustic
Melalui inovasi kami, sistem audio akustik direka untuk memberikan pengalaman yang realistik dan imersif, meningkatkan kualiti audio untuk setiap pengguna. Keupayaan sistem ini membolehkannya menjadi solusi unggul bagi penganjuran acara, persidangan, dan forum.
Pusat Konvensyen & Kesenian Bunga Raya
Pusat Seni & Konvensyen Bunga Raya adalah bangunan milik penuh yang terletak di Kuala Lumpur. Direka dengan kerjasama Studio Bunga Raya dan Charineity Foundation, serta dengan sokongan oleh Chulan Holding, pusat ini akan menjadi simbol kemajuan teknologi kami dalam Roblox serta menjadi hos utama bagi pelbagai acara komuniti. Ia menampilkan sistem audio termaju, yang pertama seumpamanya dalam MYSverse, bersama dua dewan serbaguna dan sebuah dewan khas dengan sistem audio unggul untuk persembahan seni dan muzik.
Media31
Media31 ialah platform media dinamik yang berdedikasi menyampaikan kandungan kreatif dan menarik, termasuk hiburan terkini, serta siaran langsung seperti The MidCast31, Liga Komuniti & Liga MYSverse, permainan video, dan liputan di lapangan. Ikuti kami di saluran YouTube dan Twitter Media31 untuk maklumat lanjut.
0+
Subscriber YouTube
0+
Jumlah Tontonan Di YouTube
0+
Pengikut TikTok
Perjalanan Media31
Perjalanan Kami
Ditubuhkan sekitar 2019/2020, Media31 bermula sebagai impian untuk mengubah landskap industri media di MYSverse, dengan fokus awal pada informasi semasa dan berita. Selama lima tahun beroperasi, kami telah berevolusi secara signifikan, kini mengkhusus dalam penyediaan kandungan hiburan, informasi, dan rakaman langsung yang mengikut peredaran zaman.
Fokus Kandungan
Nadi kandungan kami mengutamakan liputan siaran langsung yang komprehensif. Ini merangkumi siaran langsung audio siar seperti MidCast31, liputan acara penting MYSverse seperti pertabalan Agong dan sambutan Merdeka, sukan seperti liga komuniti dan Liga MYSVerse, serta pertunjukan khas yang lainnya.
Video Terkini Kami
Rafahia
RAFAHIA berfungsi sebagai butik pakaian dibawah Rangkaian yang menghidupkan warisan budaya di Malaysia. RAFAHIA menyediakan busana tradisional seperti Baju Melayu, Baju Kurung, Songket diraja, serta rekaan kontemporari yang inovatif. Setiap helaan busana direka dengan penuh integriti bagi memartabatkan estetika dan nilai budaya Malaysia yang pelbagai
0+
Baju Perempuan
0+
Hasil Penjualan
0+
Baju Lelaki
Bagaimana Pakaian Kami Membentuk Kisah Anda
Warisan dalam Setiap Jahitan
Setiap helai busana Rafahia direka dengan teliti untuk menghubungkan warisan budaya Malaysia dengan gaya hidup moden. Kami percaya pakaian bukan sekadar fabrik, tetapi cerminan identiti dan kisah peribadi setiap individu.
Kehalusan Seni Tradisional
Dari pemilihan kain hingga butiran sulaman, setiap langkah dalam penghasilan busana kami mengutamakan kualiti dan keaslian. Koleksi kami menggabungkan teknik tradisional dengan rekaan kontemporari untuk generasi masa kini.
Men's Collection
Women's Collection
Hubungi Kami
Berminat Untuk Membangun Bersama Kami?
Kami Sentiasa Terbuka Untuk Menjalin Kerjasama Yang Saling Menguntungkan. Jangan Ragu Untuk Menghubungi Kami Bagi Membincangkan Potensi Kolaborasi Yang Lebih Mendalam.
Partnership Strategik
Kolaborasi jangka panjang dengan potensi pertumbuhan bersama
Inovasi Teknologi
Projek teknologi terkini dalam gaming, e-commerce, dan media
Rangkaian Profesional
Akses kepada komuniti dan pelabur berpengalaman
Kami biasanya membalas dalam 24 jam